Perbadanan Usahawan Johor (PUJB) 2025 | Pusat Pembangunan Reka Bentuk Malaysia (DDEC)
S e b e n t a r

RESTORAN D'SELERA NUSANTARA

50 lauk kampung, 1 semangat besar. Dari pekerja di bidang perladangan ke usahawan restoran. Inilah kisah D'Selera Nusantara, Kluang dalam Jelajah Usahawan Johor!

KLUANG CUCI KARPET

Daripada masalah kecil di rumah kepada peluang besar dalam perniagaan! Ikuti kisah inspirasi Muhammad Faiz, pemilik Kasih Rezeki Enterprise, yang membina jenama Kluang Cuci Karpet demi menawarkan nilai kebersihan untuk semua.

CAMPING, GLAMPING & MINI ZOO DI GUNUNG LAMBAK KLUANG!

Terletak hanya 5 minit dari bandar Kluang, Gunung Lambak menawarkan pelbagai aktiviti menyeronokkan seperti camping, glamping, flying fox, mini zoo, water park & banyak lagi! Jom saksikan bagaimana Kaki Gunung Lambak jadi tarikan keluarga & sekolah dalam Jelajah Usahawan Johor.

DARI TUKANG KIMPAL KE USAHAWAN BESI BERJAYA | AQI FABRICATION WELDING

Bermula dari permintaan rakan & saudara, kini Aqi Fabrication Welding menjadi pilihan ramai untuk pagar & awning di Muar. Ikuti perjalanan Muhammad Taqiuddin, usahawan muda dengan semangat besar dalam dunia kimpalan besi.

INOVASI TISU BASAH MESRA ALAM: BELEAP DARIPADA LEAP GENERATION

Dari bayi hingga warga emas, Beleap Wet Wipes keluaran Leap Generation, Muar sesuai untuk semua!

  • - 100% Biodegradable Plant Cellulose
  • - Eco-friendly & mesra alam
  • - Pelbagai siri: Body Wipes, Antibacterial, Makeup Remover, Feminine Wipes, Baby Wipes & banyak lagi


  • Ikuti kisah di sebalik jenama ini dalam Jelajah Usahawan Johor.

    JAGUNG KUKUS BERPERISA UNIK DI MUAR! KISAH ROADSIDE FOODIE

    Jagung kukus biasa? Bukan di sini! Di Roadside Foodie, Muar, anda boleh nikmati jagung berperisa unik seperti Cheese Leleh, Susu Banjir, Jagung Madu, Coklat & Karamel.

    Ikuti kisah Kak Kikin, dari carboot ke kiosk tetap, dalam siri Jelajah Usahawan Johor!

    BIMBINGAN DIGITAL UNTUK USAHAWAN | KISAH MHL DIGITAL SERVICES MUAR

    Dari offline ke online!
    Kenali MHL Digital Services Muar yang bantu usahawan melangkah ke dunia digital melalui podcast, live streaming & pemasaran digital.

    Saksikan dalam siri Jelajah Usahawan Johor!

    RZ PRINTING & DESIGN: CENDERAMATA & PERCETAKAN BUMIPUTERA

    Jom kenali RZ Printing & Design, sebuah syarikat Bumiputera yang beroperasi di Muar & Tangkak, Johor.

    Bermula daripada cabaran mencari pusat percetakan untuk pusat tuisyen, akhirnya tercetuslah idea menubuhkan RZ Printing pada tahun 2022.

    RAHSIA CENDOL SEDAP & KARI KAMBING EMPAT BULAN: CENDOL MAK SITI TANGKAK

    Jom kenali kisah inspirasi Cendol Mak Siti Tangkak, sebuah jenama yang bermula di bazar Ramadan sejak tahun 2000 dan kini menjadi destinasi wajib singgah di Bandar Tangkak.

    DLMC WORLD: INSPIRASI USAHAWAN MUDA GRADUAN UKM DALAM DUNIA BRANDING

    Dari kegagalan demi kegagalan akhirnya membuahkan kejayaan. Inilah kisah Muhamad Arif, pemilik LS Empire Enterprise di bawah jenama DLMC World, usahawan muda dari Tangkak, Johor.

    Sebagai graduan UKM, Arif memanfaatkan kemahirannya dalam graphic design & advertising untuk membantu perniagaan kecil menonjol dengan logo, branding & design yang berkualiti.

    15 TAHUN MENJAHIT KASUT: CERITA USAHAWAN SEGAMAT, ANGAH KASUT

    Kasut rosak? Jangan buang dulu!

    Kenali Angah Kasut Segamat, pewaris seni jahit kasut dengan pengalaman 15 tahun.

    WARUNG D’AIMFIE SEGAMAT: DARI SARAPAN PAGI KE BURGER MALAM

    Dari selepas tamat SPM, kini sudah 7 tahun Muhd Naim mengusahakan Warung D’Aimfie di Kampung Bukit Tunggal, Segamat. Warung ini menjadi pilihan bukan sahaja penduduk setempat, tetapi juga pelajar UiTM berdekatan.

    Warung kecil, cita-cita besar! Jom kenali Warung D’Aimfie dalam siri Jelajah Usahawan Johor.

    BESI, KREATIVITI & SEMANGAT: E’MAS WELDING & ENGINEERING WORKS

    Dari idea seorang ayah pada tahun 2002 hingga diwarisi oleh anaknya, E’Mas Welding & Engineering Works terus kukuh membina kepercayaan pelanggan di Johor, KL & Pahang. Dari grill rumah, jambatan terapung, hingga kereta kerbau, semua direka dengan kepakaran & semangat usahawan tempatan.