Perbadanan Usahawan Johor (PUJB) 2024 | Pusat Pembangunan Reka Bentuk Malaysia (DDEC)
S e b e n t a r

CHE KU AUTOMOTIVE GARAGE

Bermula daripada kosong, dengan modal sendiri, pasangan Che Ku Shahrul Nizam bin Che Ku Hassan dan Fatin Nabilah Binti Pa’adek telah berjaya membangunkan bengkel kereta sendiri.

MR. LOFAZ EMPIRE

Mr. Lovaz asalnya bermula dengan penjualan nasi lemak, namun permintaan tinggi terhadap sambalnya yang kreatif dan menarik telah membawa Mr. Lovaz pergi lebih jauh!

ALSAGOFF GARAGE

Legasi keluarga diteruskan, Alsagoff Garage terus memberi khidmat terbaik dan berkualiti dalam dunia automotif.

SPARKLES POPCORN

Sparkles Popcorn bermula pada MCO dan syarikat mengambil inisiatif untuk menjual popcorn. Maka lahirlah jenama Sparkles Popcorn dengan pelbagai perisa!

USAHAWAN SERI ENTERPRISE

Meskipun syarikat hanya berusia 3 tahun, namun Puan Rozita Binti Muhammad Sanusi telag berjaya memperoleh sijil halal dan MeSTI bagi produk syarikatnya, Usahawan Seri Enterprise.

U.N.I KLINIK SETIA TROPIKA

U.N.I Klinik Setia Tropika mempunyai satu keistimewaan, semua doktor dan staf kita adalah wanita. Semestinya sesuai untuk ibu-ibu mengandung ataupun wanita yang mahu mendapatkan perkhidmatan khusus.

KABINET MURAH JOHOR

Pelanggan yang berurusan dengan KMJ akan mendapat harga yang terus dari kilang. Proses pemilihan dan penghasilan daripada A sehingga Z pasti memberi kepuasan kepada pelanggan.

AKG AUTOWORKS

Bermula daripada hanya di tepi rumah, kini AKG Autoworks telah memajukan bisnes sehingga mempunyai dua cawangan di Johor.

SCARLET DESSERT JB

Inginkan dessert yang betul-betul rasa cheese? Boleh cuba cheesecake dan cheesekut yang dihasilkan oleh Scarlet Dessert JB!

HAOS EK?

Haos Ek sebenarnya adalah sebuah survival plan untuk syarikat ketika pandemik Covid-19. Kini, Haos Ek telahpun menjadi jenama yang dikenali ramai.

BRIGHT HILL ISLAMIC MONTESSORI

Bright Hill adalah sebuah jenama tadika yang berkonsepkan berkonsepkan Montessori serta berteraskan Islamik. Ibu bapa yang mahukan pendidikan seperti ini, ditambah pula kemahiran lain pasti menghasilkan anak-anak dapat bergaul dan membina kemahiran sosial yang baik.

FUTURE FOOD SDN BHD

Dengan kepakaran untuk membuat produk bakeri dan pastri dengan konsep vegetarian, Future Food berjaya menjadi peneraju OEM bagi kebanyakan pasaran lokal, kafe dan restoran.

KLINIK FAMILY VETERINAR

Family Veterinar menawarkan servis seperti boarding, penjagaan haiwan, mandian haiwan dan juga rawatan untuk haiwan terutamanya haiwan peliharaan seperti kucing.

DESANS SOLUTION SDN. BHD.

Perniagaan Desans pernah dinobatkan sebagai usahawan yang berjaya mengeluarkan produk household yang mencatat jualan tertinggi oleh TikTok HQ. Desans mempunyai produk lengkap berasaskan cucian dan wangian untuk kegunaan industri dan kegunaan household.

DE AURORA TRADING SDN. BHD.

Setiap RM1 yang dibelanjakan di De Aurora, pelanggan berpeluang untuk mendapatkan Gold Bar 999.9, satu gram secara percuma. Suatu hari nanti, De Aurora pasti menjadi setanding dengan kedai-kedai emas berjenama!

MAMAS M&M (M) SDN. BHD.

Yang penting, dijamin halal! Mamas memproseskan pelbagai jenis sos, kicap, sos perasa dan produk lain yang mampu bersaing dengan jenama antarabangsa!

KOPERASI PELABUHAN JOHOR BERHAD

Perusahaan Koperasi Pelabuhan Johor Berhad sudahpun bermula dari Disember 1973 lagi! Kini, Koperasi Pelabuhan Johor Berhad telah mempunyai pelbagai jenis perniagaan, sama ada di bahagian peruncitan, penghasilan produk cucian dan wangian sendiri, hartanah dan banyak lagi.